Seorang lelaki telah berkongsi video mencuit hati ketika berlatih tinju bersama ibunya yang berusia 67 tahun.

Video berdurasi selama 53 saat itu dikongsi oleh lelaki yang dikenali sebagai Alfie menerusi akaun Facebook Stylo Barz.

Video comel yang berlatar belakangkan lagu popular Despacito itu merakamkan Alfie sedang memakaikan sarung tangan peninju kepada ibunya sebelum memulakan latihan.

Kecomelan dan cara interaksi antara kedua-dua anak beranak itu ketika mereka mula bertinju sememangnya menambat hati penonton.

Ibunya kelihatan malu-malu dan tersenyum ketika menumbuk Alfie manakala wajah anaknya itu jelas menunjukkan kepuasan kerana berjaya membuatkan ibunya gembira.

Gelagat comel ibunya ketika menumbuk Alfie yang difahamkan merupakan seorang ‘trainer’ untuk kelab Stylo Barz sememangnya mencuit hati.

Tak percaya? Jom lihat video di bawah.

Teks oleh: Mya Amri