Pelakon dan anggota Running Man, Lee Kwang Soo meluahkan rasa tidak puas hati sebaik sahaja mengetahui berita tentang perkahwinan sahabat baiknya aktor Song Joong Ki.

Kwang Soo yang terkesan dengan pengumuman tersebut meluahkan kesedihannya melalui sekeping foto yang dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya semalam.

Foto tersebut menunjukkan Song Joong Ki sedang menulis satu ayat di atas batu yang membawa maksud ‘Joong Ki ♥︎ Kwang Soo (Asian prince), (2015.05.14)’.

Kwang Soo juga turut menulis kapsyen pendek merujuk kepada foto tersebut.

“Jadi apakah maksud semua ini?” tulisnya ringkas.



Bagaimanapun itu semua hanyalah gurauan kerana foto yang dikongsi itu dirakam oleh Kwang Soo ketika sesi penggambaran drama Descendants of The Sun tahun lalu.



Malah ruangan komen foto berkenaan juga dihujani dengan komen-komen lucu peminat seluruh dunia yang sememangnya memahami keakraban kedua-dua aktor tersebut.







BACA: SONG JOONG KI & SONG HYE KYO UMUM KAHWIN OKTOBER, HASHTAG #SONGSONGCOUPLE JADI TRENDING DUNIA

Teks oleh: Mya Amri