Ketibaan Syawal tahun ini menyaksikan pasangan selebriti Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menyambutnya dengan suasana yang penuh meriah.

Dengan kehadiran dua orang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne, pasangan ini meraikan kemeriahan Aidilfitri dengan penuh keceriaan.

Sebelum ini, pasangan selebriti ini mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan wajah anak dan mengawal kuantiti gambar yang akan dikongsi dengan peminat.

Namun begitu, mereka pernah mengatakan yang mereka tetap akan berkongsi foto anak-anak, tetapi ia tidaklah terlalu banyak dan bergantung pada situasi seperti sambutan hari lahir atau pun sambutan Hari Raya.

Sempena dengan kedatangan Syawal, Lisa berkongsi foto anak keduanya, Yusof Leonne menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen memuji kecomelan putera kesayangan Yusry dan Lisa.

“@zuekifli: Thank you Lisa... Dapat tengok baby you yang bam bam! Geramnya! Take care sayang mama and baby.”

“@ina.baharuddin: Kali ni Puan @lisasurihani lebih terbuka, saya sukakan sedikit perubahan itu. Insya-Allah semoga anakanda Yahaira dan Yusof akan dilindungi Allah s.w.t sentiasa.”

“@azizan_khairul: Yooo so chubby boy now.. Alhamdulillah @lisasurihani take care yourself too.. Happy for you… Love.”

“@idanusniyanti: Your son looks so adorable… Can I squeeze his chubby cheeks?”

“@farahkun: What a cute baby!”

“@duniasaya.alyaazham.norzie79: Hensemnya baby boy ni... I see… Hehe… Moga jadi anak yang membahagiakan untuk ibu bapa...”

Foto: Instagram Lisa Surihani @lisasurihani

Yusman and Yusboy

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on

One with ma boi at Auntie Jiji's house for Jordy's birthday

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on