Pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi melahirkan rasa sedih apabila ada lagi keluarga yang masih tinggal di pondok usang.

Menerusi sebuah muat naik di Instagram (IG), Aznil telah berkongsi sebuah kisah keluarga yang mengalami nasib malang dalam hidup mereka.

"Ada lagi yang tinggal di rumah sebegini? Klik link di profile #paknil untuk mengetahui kisah sedih keluarga ini.

"Kempen #JomOnlineTransfer Paknil buat untuk keluarga ini dalam masa 72 jam menjelang Aidilfitri! Sikit pun boleh.

"Sesiapa yang mampu dan sudah melakukan transaksi hanya komen "Sudah Paknil" dan Paknil ingin mengucapkan terima kasih," katanya menerusi entri di akaun IG.

Rata-rata peminat mengakui kagum dengan sikap Paknil yang tampil memberi pertolongan kepada keluarga ini dan mereka berharap agar lebih ramai artis yang mempunyai sikap sedemikian.

Ramai peminat yang bersimpati dengan nasib menimpa keluarga ini dan berharap agar bantuan segera dihulurkan kepada mereka memandangkan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

@jeniffer_richzYa: "Allah kesian mereka ini, Paknil boleh tak kerajaan di sana buatkan rumah kecil untuk mereka berteduh daripada hujan ribut. Rumah bergitu tidak selamat untuk didiami."

@emosamolly: "Sama-sama kita membantu mereka Paknil. Semoga usaha Paknil ini diberkati dan dipermudahkan segala urusannya. Aminn."

@allyn: Insha Allah, kita cuba bantu dalam apa jua cara. Semoga dengan bantuan ini dapat menggembirakan mereka ketika menyambut Syawal tidak lama lagi."


Difahamkan keluarga ini baru sahaja kematian ayah mereka pada minggu lalu dan meninggalkan tiga orang anak yang masih bersekolah serta seorang isteri.

Mereka juga tinggal di sebuah pondok yang terletak di Kg Mata Air, Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah dan tidak mempunyai keperluan asas seperti bekalan elektrik.

Jadi kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus bank in ke akaun BSN, Che Rus Binti Awang Bu di no akaun: 02100-41-00039945-2.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi