Pelakon Raja Farah meluahkan rasa sayu setelah mengalami keguguran beberapa hari sebelum menyambut Syawal.

"Bermulalah proses berpantang untuk saya.... Tapi kali ini tanpa baby... Sedih memang amat sedih tapi Allah dah merancang sebaik-baiknya untuk saya," tulisnya di akaun Instagram hari ini.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak itu tetap akur dengan ketentuan ilahi dan menganggap perkara itu mempunyai hikmah tersendiri.

"Gugur ketika kandungan berusia dua bulan. Mungkin kerana terlalu sibuk baking dan uruskan booth.

"Tak mengapalah, belum rezeki Imran untuk dapat adik. Doakan saya cepat sembuh tubuh badan dan semangat saya ya? Terima kasih semua,"
jelasnya.

Raja Farah dan Iskandar berkahwin pada 6 September 2015.

Bermulalah proses berpantang utk saya..tapi kali ni tanpa baby... ? . . Sedih...mmg Amat sedih...tapi saya kena tabah..Allah dah merancang sebaik2nya utk saya.. . . Gugur ketika kandungan 2 bulan..mungkin kerana terlalu sibuk dgn baking & uruskan booth...tak pe lah...belum rezeki utk Imran dpt adik.. ? doa kan saya cepat sembuh tubuh badan & semangat saya ye? Terima kasih semua.. . . Thank you for a great service berpantang @adrujaspa .. ? . . #rajafarah #RFBerpantang #pantangday01

A post shared by Mama to Imran Iskandar (@rajafarahraziz) on


Teks oleh: Mya Amri