Tidak meriah sambutan Aidilfitri tanpa hidangan aneka kuih dan biskut.
Saban tahun juga batas kreativiti masyarakat Malaysia terus berkembang hingga muncul pelbagai resepi dan rupa bentuk biskut raya.
Tahun ini pula giliran Biskut Ulat mencuri tumpuan!
Sekali pandang rupa biskut itu saling tak tumpah seperti ulat sagu yang popular di negeri Sarawak namun divariasikan dalam pelbagai warna.
Ada juga irasnya seperti Kuih Siput cuma setiap biji Biskut Ulat dilengkapi mata dan badan bergaris-garis.
Resepi itu mula tular apabila netizen mula berkongsi resepi dan teknik membuat Biskut Ulat di laman sosial Facebook Masak Apa Hari Ni... (MAHN) sejak hujung minggu lalu.
Ada sesetengah netizen yang menyifatkan Biskut Ulat kelihatan comel namun ada juga yang geli dan ngeri untuk dimakan.
Mesti ada antara kita yang tidak mahu terlepas menyertai fenomena Biskut Ulat tahun ini bukan? Ini resepi yang dikongsikan pengguna Mazlin Emelia Mohd Lazi:
Bahan-bahan:
3 1/2 cwn tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cwn susu pekat manis
1 cwn buttercup
1 penutup esen vanila
Pewarna hijau epal
Chocolate chip kecik
*setiap sukatan guna cawan yg sama besar ye
Cara-cara:
1) Gaulkan tepung jagung, tepung kastard & butter sehingga sebati - gaul pakai tangan lagi bagus. Boleh rasa kelembutan atau kekerasan doh.
2) Masukkan susu pekat & esen vanila. Gaul sebati lagi.
3) Campurkan pewarna hijau. Ikut suka la bape banyak. Janji sampai la dapat warna yg diidam2kan.
*tips: kalau rasa doh tu keras, tambah buttercup sikit demi sikit. Kalau rasa doh tu lembik sgt, tambahkan tepung jagung.
4) Uli & jadikan bentuk ulat beluncas. Utk garis2 tu, gelek atas acuan kuih siput je. Utk mata, guna la choc chip tadi. Tp choc chip tu guna yg kecik tau. Kalau tak, tersembul mata beluncas tu. Haha.
5) Bakar la guna api bawah sahaja ye. 120-130 degree celcius. Tengok bawah die dah agak coklat sikit, boleh angkat. Siap!
Selamat mencuba!!
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Mon Jun 19 2017
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.