Selepas enam orang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa atas tuduhan membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada Mei lalu, suspek utama kes tersebut merupakan kawan baiknya sendiri.

Laman sosial Twitter, Instagram dan YouTube milik salah seorang suspek, Mohd Akmal Zuhairi Azmal yang tidak diletakkan dalam mod ‘private’ telah menjadi tempat untuk netizen menjalankan penyiasatan mereka sendiri dan netizen mendakwa Zuhairi merupakan rakan baik Zulfarhan.

Sehari sebelum Zulfarhan disahkan meninggal dunia, Zuhairi memuatnaik beberapa status di laman Twitter yang didakwa berkaitan dengan keadaan Zulfarhan yang melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.



Netizen juga menjumpai beberapa video untuk merawat kesan melecur yang dipercayai telah ditonton oleh Zuhairi menerusi laman YouTube.



Dalam pada itu, netizen juga menemui beberapa foto mereka bersama di laman Instagram milik Zuhairi.



Terdahulu, Zuhairi bersama empat penuntut UPNM yang lain didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu.

Manakala seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa berusia 21 itu juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Baca artikel berkaitan:

Pembuli Zulfarhan Disiasat Di Bawah Seksyen 302, Hukuman Gantung Sampai Mati Jika Sabit Kesalahan

Zulfarhan Dipukul Sebab Bomoh Kata Dia Curi 'Laptop' – Rakan

Enam Penuntut UPNM Didakwa Bunuh Zulfarhan, Bakal Berdepan Hukuman Mati

Tak Payah Nak Cover Muka, Mohon Korang Digantung Sampai Mati! -Ibu Saudara Dedah Wajah Pembuli Zulfarhan