Laman Instagram penyanyi dan pelakon Soo Wincci dihujani ucapan tahniah selepas menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan pagi tadi.

Ijazah yang disampaikan oleh Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim itu diadakan dalam majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selain ucapan tahniah, peminat dan pengikut laman sosial Instagram Soo Wincci turut sudah mula menggunakan gelaran Doktor (Dr) ketika memanggil namanya sejak pagi tadi.

Pada majlis tersebut, Soo Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Berikut merupakan ucapan-ucapan berkenaan:

I'm Ready ;)

A photo posted by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 博士 (@dr.soowincci) on




I'm Officially @Dr.SooWincci 我正式成为 蘇盈之 博士 Secara Rasminya sebagai #DrSooWincci

A photo posted by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 博士 (@dr.soowincci) on





Teks oleh Syafiqah Jalal