Pelakon filem Polis Evo, Zizan Razak bakal menyambut Aidilfitri di Mekah untuk kali kedua.

Kata Zizan, dia tidak dapat melupakan pengalaman dan kenangan manis ketika beraya di sana tahun lalu.

Zizan akan berangkat ke sana pada 10 malam terakhir Ramadan bermula 14 Jun hingga 2 Syawal.

Ini merupakan tiga sebab mengapa Zizan tidak boleh ‘move on’ selepas ke Mekah tahun lalu.

Tiada Perbezaa Darjat

“Kalau di sana kita tidak akan dapat lihat perbezaan darjat, semua jemaah adalah setaraf sehingga kita tidak dapat tahu siapa yang bergaji banyak atau pun sedikit. Semuanya sama saja,” ujarnya.

Beraya Sambil Beribadah

“Apabila berada di Mekah, secara automatik kita akan mencari peluang untuk melakukan ibadah sebaik mungkin.

"Jujur katakan, saya juga kerap memikirkan tentang amalan saya dan juga kehidupan selepas meninggal dunia ketika di padang mahsyar.

“Tidak kisahlah apa orang nak kata, tapi bagi saya inilah peluang untuk saya meningkatkan keimanan dalam setiap ibadah yang dilakukan,” katanya.

Suasana Berbeza… Rasa Tenang

“Tak boleh nak jelaskan dengan perasaan, yang pasti suasananya sangat berbeza dan saya rasa sangat tenang.

“Untuk saya inilah tempat terbaik untuk bercuti. Jujur saya katakan selepas ke Mekah tahun lalu, saya langsung tak rasa nak bercuti ke tempat lain.

“Siapa yang mampu ke sana, pergilah. Saya percaya mereka pasti akan faham perasaan saya, ” jelasnya tersenyum.

Teks oleh: Mya Amri