Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), 50, memberi amaran akan mengoyakkan mulut lelaki yang berani bercumbu dengan anak perempuannya, Suhana.

SRK dilaporkan memberi amaran itu di dalam sedutan promo bagi program temu bual Koffee with Karan.

Kofee with Karan musim kelima episod satu itu akan mula ditayangkan di Star World dan Star World HD pada jam 9 malam bermula 6 November ini

Namun menerusi promo berkenaan SRK yang ditemani Suhana hanya bercakap dengan cara bersahaja seperti separuh melawak bersama pengacara Karan Johar.

Selain itu, dalam program tersebut SRK bakal mendedahkan sejauh mana dia terlalu melindungi dan menjaga anak perempuannya itu yang kini sudah berusia 16 tahun.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: DNA India