Pelakon Saharul Ridzwan menerusi akaun Instagram (IG) telah berkongsi foto gelagat lucu bersama isterinya, Deena Emir.

Foto tersebut merakamkan Deena yang sedang sarat hamil menunjukkan wajah garang sambil memegang perutnya.

Manakala Saharul pula berwajah muram sambil mengikat tali kasut dan seolah-seolah sedang dimarahi oleh isterinya.

Menariknya, menerusi kapsyen foto tersebut Saharul meminta supaya para peminatnya memberikan kapsyen terbaik pada gambar yang telah dimuat naik.

Hasilnya, foto itu telah menerima hampir 50,000 likes dan lebih 300 komen kreatif.

Antara komen yang diterima ialah:

@fadhilahwil : Deena : Abe, derah2 la belajar ikat tali kasut tuh anok nok tubik doh ni tok cekak panda nih! Pah nok ikat tali kasut koloh anok pulok.

@fairuz_ayush: Ma'am: Jangan asyik nak kasut kasut kasut jea eah, ni budak nk terkeluar dah ni nanti nk bagi susu bukan makan kasut tu. Saharul: Tapi emm Nike Tempo supreme baru order hari tu em em k ni last.

@abghalim87: Isteri:Dah besar panjang pun malas lagi nak pose. Tengoklah tuuuu... Cakap sikit nak merajuk. Tegur sikit dah buat muncung panjang2. Ingat tak saye pesan suruh beli ape tadi?

@ainiofficialIsteri: Abang ni asyik2 keluar pakai kasut nak bergi bazar je pon, lain macam je abang ni. Suami : Alaa yunk selipar kene curi kat masjid gi terawih semalam.

@adeqeaW: Saya dah mcm ni mana boleh nak tunduk ikatkan tali kasut. Sangkut tau tak. Ce belajar ikat tali kasut tu sendiri.. Esok2 boleh ikatkan tali kasut anak plak.. / H: yelah2...ikat sendiri la ni.

@atulsushiS: Yang, nak kasut baru, D: Eh takde takde. Duit simpan untuk beli barang baby ni nanti. Awak tu dah berapa banyak kasut tak dipakai. Siapa nak pakai kasut awak kat rumah berlambak tu? Blablabla sampai esok tak habis dan SR pun memekakkan telinga.

Best caption? . Photo : @karatphoto

A post shared by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on


Teks oleh: Mya Amri