Hampir lebih 10 tahun berpecah, kumpulan sensasi Destiny's Child kini secara rasmi telah melancarkan akaun Instagram kumpulan itu baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan akaun berkenaan akan diselia oleh Sony Music Entertainment dan ianya kini berjaya mendapat bilangan pengikut sebanyak 20,000.

Menurut sumber, kemunculan akaun Instagram itu kerana kumpulan tersebut dilaporkan bakal kembali bergabung semula semperna sambutan 20 tahun penubuhan Destiny's Child.

"Mereka dikatakan akan bergabung semula dalam sambutan 20 tahun penubuhan Destiny's Child setelah 10 tahun berpecah," kata sumber.

Destiny's Child dianggotai oleh Beyonce Knowles, Kelly Rowland dan Michelle Williams.

Terdahulu, mereka telah mengambil keputusan untuk berpecah kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya solo masing-masing.

Namun, Kelly dalam satu temubual baru-baru ini menyangkal bahawa mereka akan kembali bergabung seperti dilaporkan malah tiada perbincangan dibuat berhubung perkara itu.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Daily Mail