Pelakon Shin Min Ah berjanji akan menolong teman lelakinya aktor popular Korea, Kim Woo Bin menjalani rawatan kanser.

Kenyataan rasmi itu dibuat oleh Shin Min Ah melalui agensinya petang semalam.

"Saya akan pastikan Kim Woo Bin mendapatkan rawatan terbaik.

"Saya juga akan sentiasa berada di sisinya dan menolong dia sepanjang menjalani rawatan kanser," katanya ringkas.

Dalam pada itu, laporan mengatakan Kim Woo Bin masih lagi teragak-agak untuk memberitahu berita mengenai penyakit kansernya kepada keluarga.

Kim Woo Bin dan Shin Min Ah telah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2015.

Terdahulu, agensi Woo Bin, SidusHQ mengesahkan pelakon itu menghidap kanser Nasopharyngeal dalam satu kenyataan semalam.

Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.

Bagaimanapun, kanser tersebut dikesan dengan cepat dan masih lagi berada diperingkat awal.

Woo Bin kini menangguhkan penggambaran filem terbarunya untuk memberikan fokus terhadap rawatan kanser.

Woo Bin sebelum ini popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir.

Sumber: Soompi / Allkpop