Penyanyi Pitbull mengakui kesal apabila konsert Climate Change Tour in Asia yang akan berlangsung di Sunway Lagoon Surf Beach, pada 16 Mei ini terpaksa dibatalkan.

Konsert Pitbull tersebut terpaksa dibatalkan kerana konflik jadual kerjanya yang padat sehingga tidak mampu menjayakan konsert ini.

Penganjur konsert, IME Production dalam satu kenyataan memberitahu penyanyi tersebut tidak dapat mengadakan persembahan di Malaysia kerana jadual kerjanya yang padat.

Bagaimanapun jelas IME, penyanyi berkenaan memohon maaf kepada peminat-peminatnya di sini dan berjanji akan mengadakan persembahan di Asia untuk masa akan datang.

Bagi peminat yang telah membeli tiket, wang mereka akan dikembalikan semula menerusi Ticketcharge.

Wang akan mula dikembalikan kepada pembeli tiket konsert berkenaan mulai 15 Mei ini bermula pukul 10 pagi hingga 16 Jun.

Untuk pembeli tiket yang menggunakan kad kredit, mereka akan mendapat kembali wang dalam tempoh 30 hari atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian +60-327151843.

Sumber : Utusan Online