Pasti ramai di antara kita yang masih takut untuk membuat rawatan gigi, apatah lagi mencabutnya!

Minggu lalu, sebuah video yang menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki ingin mencabut gigi dan dibantu oleh adiknya mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menariknya, reaksi anak kecil itu setelah giginya dicabut telah mengundang komen netizen dan ramai di antara mereka yang merasakan reaksi kanak-kanak itu amat lucu.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak lelaki yang sedang menangis ketakutan itu telah ditenangkan oleh ibu bapanya sebelum giginya tercabut.

Adik kepada kanak-kanak lelaki itu yang sedang bermain, secara tiba-tiba telah membuat aksi seperti memotong tali yang mengikat gigi abangnya pada tombol pintu, dan menyebabkan ia tercabut dengan mudah.

Abangnya yang terdiam buat sesetika kemudian kelihatan gembira kerana giginya telah tercabut tanpa berasa sakit.

Video yang dikongsi di Facebook itu memperoleh lebih 17 juta tontonan, lebih 200,000 perkongsian, dan 143,000 likes.

Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan reaksi kanak-kanak itu selain ada di antara mereka yang terkenang pengalaman sama sewaktu kecil.



Kredit : FB NTD Life
Teks oleh : Izzat Ridzwan