Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) Abam akui risau apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di minggu kesebelas.

Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, dia menjadi takut kerana risau jika kumpulan Bocey akan disingkirkan dan tidak layak menjejakan kaki ke final MLM 2017.

"Saya berasa lega apabila kumpulan Bocey diumumkan sebagai nama kedua yang layak ke peringkat akhir.

"Sejujurnya saya juga risau Bocey akan tersingkir disebabkan saya memenangi trofi GMOTH untuk minggu ini.

"Ini kerana jika dilihat semula, majoriti nama yang diumumkan menerima GMOTH telah tersingkir dan itu membuatkan saya menjadi takut.

"Saya juga menjadi cuak untuk mengambil trofi itu kerana pelbagai kejutan boleh terjadi dalam rancangan ini," katanya kepada Astro Gempak.

Abam ditemui ketika majlis sidang media minggu kesebelas MLM2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam pada Jumaat.

Minggu ke- 11 yang bertemakan 'Duit dan Parodi’ menyaksikan tiada penyikiran dan lima perserta diumumkan berjaya ke peringkat akhir MLM 2017.

Antara Shiro, Bocey, Zero, Puteh dan Dzawin, siapa lanun lawak kegemaran anda yang bakal memenangi wang tunai berjumlah RM500,000?

Teruskan mengundi lanun lawak anda dengan menghantarkan SMS ke 32777. [[Contoh: taip ML20 Bocey dan hantar]].

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi