Penyanyi antarabangsa Janet Jackson, 51, telah berkongsi foto ‘close-up’ anaknya lelakinya, Eissa Al Mana buat pertama kali di laman sosial Instagram (IG).

Menurut laporan Daily Mail, Janet telah memperkenalkan foto anak lelakinya kepada umum selepas tiga bulan melahirkan Eissa.

Menerusi gambar itu, Eissa dilihat sedang menguap ketika berada di dalam pelukkan Janet.

Rata-rata pengikut IG Janet begitu teruja melihat kecomelan wajah Eissa dan memuji kecomelan bayi tersebut.

Terdahulu, Janet dilaporkan telah berpisah dengan suaminya yang juga seorang jutawan Qatar, Wissam Al Mana selepas lima tahun berkahwin.

Punca perpisahan mereka didakwa ekoran sikap acuh tak acuh Wissam terhadap ibu Janet, Trent Lamar Jackson.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2012 selepas berkenalan lebih dua tahun.