Pelakon baru Natasha Elyzza mengakui dirinya gementar ketika terlibat dalam penggambaran filem pertama lakonannya, Kimchi Untuk Awak.

"Ketika penggambaran dilakukan, saya rasa sangat gementar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menjayakan sebuah karakter dalam filem.

"Namun begitu, rasa itu dapat saya atasi. Saya gembira kerana dapat bekerja dengan pelakon berbakat seperti Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Janna Nick dan ramai lagi," kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, pengarah Michael Ang banyak membantunya dalam merealisasikan watak Yoori yang digalas olehnya.

"Michael memang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Sebagai seorang pendatang baru, Michael membuka jalan untuk saya dalam bidang lakonan ini.

"Dia juga tidak lokek berkongsi ilmu dan saya banyak belajar ketika berlakon bawah arahan Michael. Saya berharap agar apa yang saya persembahkan dalam Kimchi Untuk Awak diterima peminat," katanya lagi.

Filem kolaborasi antara Astro Shaw dan Darkwave Pictures ini menemui penonton pada 30 Mac lalu dan masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Exclusive scene filem #KimchiUntukAwak . Konfiden kan #Zara dgn #YooRi tuduh mcm tue? Panas la #Bella kan? Tgk nnt kesudahan #KimchiUntukAwak KINI DI PAWAGAM Apa macam? #DaebakKUA tak? #KimchiUntukAwak #KUA #DaebakKUA #TeamKimchiUntukAwak @emma_maembongofficial @jannanick @natashaelyzza @emmaaiman_fc @emavengers @janna_nicker @michaelang38 @suriryana @astroshaw

A post shared by NE (@natashaelyzza) on