Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor mengakui berang apabila dikritik tidak pandai menjaga anaknya, Taimur Ali Khan Pataudi kerana tidak mempunyai akaun di media sosial.

Menurut laporan Pinkvilla, Kareena tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan akaun media sosial meskipun menerima pelbagai tomahan daripada peminatnya.

"Hanya kerana saya dan suami tidak mempunyai akaun media sosial untuk berkongsi mengenai perkembangan Taimur, orang ramai mendakwa bahawa kami tidak pandai mengasuh anak.

"Saya tidak akan berkongsi dengan orang ramai mengenai bagaimana cara saya menjaga Taimur kerana itu merupakan hak peribadi sendiri.

"Untuk pengetahuan semua, saya dan suami tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan akaun tersebut kerana kami ingin mempunyai kehidupan yang sederhana tanpa menghebohkan kepada orang ramai.

"Kehidupan saya bersama suami dan Taimur amat bahagia dan saya berharap agar orang ramai menghormati keputusan yang telah dilakukan oleh kami,"katanya.

Taimur adalah anak pertama hasil perkahwinan Kareena dan Saif yang mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2012.

Bagi Saif pula, Taimur merupakan anak ketiganya. Sebelum ini, menerusi perkahwinan dengan pelakon Amrita Singh, Saif dikurniakan dua orang anak, Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan

Sumber : Pinkvilla