Pelawak Harith Iskander menunaikan hasrat anak sulungnya, Zander Xayne Iskander, 5, yang teringin untuk bercuti ke pantai.

Menurut Harith, selepas kembali daripada percutian sebelum ini, anaknya kerap meminta untuk ke pantai.

“Zander memang sukakan pantai, seminggu selepas kami pulang bercuti dia masih tak boleh ‘move on’ dan kerap bertanya bila akan bawa dia ke pantai lagi.

“Bukan sahaja Zander tetapi adiknya, Alessandrea juga membuat permintaan yang sama, sebagai bapa mestilah rasa tak sampai hati hampakan anak-anak.

“Jadi saya bawa mereka ke Pulau Pinang dan bila anak-anak gembira, kami sebagai ibu bapa pun turut berpuas hati.

“Terima kasih juga kepada Wow Bersama Gengki! kerana beri peluang kepada saya untuk sekali lagi meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Nak tahu apa aktiviti tiga anak Harith Iskander iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander, jangan lupa saksikan WOW Bersama Genki! setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) & Astro Ria HD (saluran 123).

WOW Bersama Genki! dibawakan oleh Genki! Pants yang pasti mengagumkan si manja dengan keselesaan bagai dilapik kelembutan awan!

Untuk memenangi percutian tiga hari dua malam bersama keluarga jangan lupa layari laman web: wowbersamagenki.com.my