Pelakon Yatt Hamzah berkongsi berita duka apabila dia mengalami keguguran pada petang semalam.

Menurut Yatt, pada mulanya dia hanya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah selepas makan di sebuah restoran ikan bakar di Melaka sehari sebelum kejadian.

"Wahai anak bonda yang kelima, tiada rezeki Bonda untuk mendakap dan besarkan kami di dunia seperti kakak-kakak lain.

"Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti, Allah lebih menyayangimu, Allah lebih mengetahui.

"Sejak semalam Bonda keracunan makanan hingga cirit birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar di Melaka pada malam sebelumnya, mulanya ingat sakit perut kerana keracunan sahaja, rupanya ada baby nak pergi tinggalkan Bondanya," kongsi Yatt di Instagram.

Dalam pada itu, Yatt juga memohon orang ramai untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada bayi yang keguguran itu.

"Mohon hadiahkan Al-Fatihah buat Muhammad Abdullah, Bondanya telah keguguran pada jam 3.30 petang tadi (semalam)," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Yatt turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepadanya.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. 15 September 2020 - Wahai Anak Bonda yg ke - 5 .. Tiada rezeki Bonda utk mendakap dan besarkan kamu di dunia spt kakak2 yg lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti..?❤ Allah lebih Menyayangimu. Allah lebih Mengetahui.. . Innalillahiwainnailaihirojiun. Mohon hadiahkan AL-FATIHAH buat Muhammad Abdullah. Bondanya telah keguguran dia jam 3.30 petang tadi. . Kenapa ada ubat CIRIT BIRIT? Sbb sejak semalam Bonda keracunan makanan hingga cirit birit dan muntah selepas makan di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Melaka pd malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut krn keracunan shj. Rupanya ada ? nak pergi tinggalkan Bondanya. . Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kuat. Semoga Bonda segera sembuh.. Doakan ya.. ?? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #ALFATIHAH #INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN #miscarriage #anakBondakelima

A post shared by BONDA YATT MOM OF 4 CHILDREN (@yatthamzah_suci) on


Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.

Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.