Penyanyi Azharina Azhar akui redha andai anak angkatnya Rizqie Azharin Azhar, yang baru berusia 22 hari dijemput ilahi.
Azharina berkongsi luahan sedih itu menerusi akaun Instagram(IG) miliknya kira-kira sembilan jam yang lalu.
“Ya Allah Ya Tuhanku , Kau Yang Maha Mengetahui Di Langit dan Dibumi . Kau Berikanlah keajaiban Mu tuk anakku Rezkie Azharin Azhar agar dia bisa menikmati hidup seperti anak lain.
“MengenaliMu ya Allah dan kesempurnaan kesihatan dunia dan akhirat jika dia pinjaman buat ku. Aku Pasrah dan redha jika dia Pulang padaMu sekalipun berat , jika tiba Masa dia dijemput menghadapMu Ya Tuhanku. Aku hanya ibunya , hambaMu yang hina kerdil , tapi Kau Sang Pencipta Yang Maha Kuasa. doaku beriring setiap detik buat dia,” tulisnya.
Menerusi entri sebelum ini, Azharina memberitahu Rizkie kini sedang bertarung nyawa kerana mengalami pendarahan otak manakala kedua-dua buah pinggangnya pula rosak.
Rizqie yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya kini hanya bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
“Asalamualaikum Rizkie Azharin Azhar , Paru paru dah penuh susu, pendarahan Otak, buang pingang Kiri kanan suda rosak , darah dia menunjukkan Asid yang tdk comparable tuk manuals hidup. Semasa Nina bawa ke hospital Selepas concert DIA masih bole bernafas, skg hanya bergantung ? PADA mesin oksigen , jantung jg di pump.
“Memang DIA kalu hidup Akan Siksa dan tdk normal. Nina suda tdk berdaya , nina mohon bg nina masa menguruskan Anak sehinga saat akhir dia .. sebagai ibu Nina hancur hati sangat sedih kerna Nina lah ibu Nina lah ayah buat anak-Anak .
"Tapi Nina jg wanita rapuh , tdk sempurna . Hanya doa dan air mata Nina ada buat masa ini . Nina harap maafkan Nina tdk menjawab call SBB di dlm wad NICU di hospital Putrajaya,” jelasnya.
Dalam pada itu, ruangan komen IG Azharina dipenuhi dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh peminatnya.
Rata-ratanya meminta supaya Juara GegarVaganza 3 tabah menghadapi dugaan selain mendoakan kesembuhan anak angkatnya itu.
Teks oleh: Mya Amri
Mya Amri
Tue Mar 28 2017
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.