Astro Anjur Malam Throwbaek Drama Hargai Kerja Keras Pelakon

Hiburan
Astro Anjur Malam Throwbaek Drama Hargai Kerja Keras Pelakon
Bersempena penganjuran Karnival Throwbaek Drama yang sedang berlangsung di Nu Sentral bermula hari ini, 23 Mac, sehingga Ahad, 26 Mac 2017, Astro bakal membawakan Malam Throwbaek Drama.

Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini merupakan sebuah acara santai yang menjadi tanda penghargaan buat barisan pelakon drama-drama siaran Astro atas komitmen yang mereka curahkan dalam menjayakan sesebuah drama.

Selain itu, Malam Throwbaek Drama turut menjadi dedikasi khas buat penonton yang tidak jemu memberi sokongan terhadap setiap drama di saluran Astro.

Keseluruhan kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak sebelas buah kategori. Lapan kategori adalah berdasarkan 50% undian online dan 50% penilaian juri Astro. Kategori tersebut ialah Kapel Throwbaek, Watak Paling Meminta, Otai Throwbaek, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, OST Throwbaek, Hero Throwbaek dan Heroin Throwbaek.

Manakala tiga buah kategori lagi adalah 100% pilihan juri. Kategori-kategori tersebut adalah Drama Throwbaek, Fan Club Throwbaek dan Pelakon Paling Gigih.

Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka secara online menerusi akaun Instagram H Live (@officialhlive) bermula 24 Mac sehingga 30 Mac 2017.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan pada Malam Throwbaek Drama kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan kategori yang dipertandingkan bagi Malam Throwbaek Drama:

SENARAI CALON TOP 5 MALAM THROWBAEK DRAMA

1.            KAPEL THROWBAEK
•             Fattah Amin + Neelofa
•             Aliff Satar & Siti Nordiana
•             Nasir Bilal Khan + Hamidah Wahab
•             Amar Baharin + Siti Elizad
•             Kamal Adli & Syatilla Melvin
 
2.            WATAK PALING MEMINTA
•             Sharifah Sakinah
•             Dian P. Ramlee
•             Nadya Shaheera
•             Abu Bakar Juah
•             Raja Ilya
 
3.            OTAI THROWBAEK
•             Nasir Bilal Khan
•             Liza Abdullah
•             Jasmid Hamid
•             Faizal Hussien
•             Dian P. Ramlee
 
4.            SCENE PALING WIN
•             Tanah Kubur
•             Dia Semanis Honey
•             Lara Aishah
•             Aku Bukan Bimbo
•             Isteri Tuan Ihsan
 
 
5.            PELAKON PALING MEMBANTU
•             Wan Sharmila
•             Alvin Chong
•             Hefny Sahad
•             Mark Adam
•             Syafiq Kyle
 
 
6.            OST THROWBAEK

•             Suri Hati Mr Pilot
•             Dia Semanis Honey
•             Tuan Anas Mikael
•             Lara Aisyah
•             Awak Sangat Nakal
 
7.            HEROIN THROWBAEK
•             Amyra Rosli
•             Ayda Jebat
•             Neelofa
•             Fasha Sandha
•             Siti Nordiana
 
8.            HERO THROWBAEK
•             Aliff Satar
•             Aaron Aziz
•             Hisyam Hamid
•             Fattah Amin
•             Amar Baharin
 
Selain itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirkan diri ke Karnival Throwbaek Drama yang sedang berlangsung di Nu Sentral sehingga 26 Mac ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda! Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan #KarnivalThrowbaekDrama!

Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi screening, sesi pencarian wajah baru drama serta sesi meet and greet bersama artis terkemuka turut diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bersempena dengan #KarnivalThrowbaekDrama.

Untuk pelbagai info mengenai karnival ini, lakukan carian menerusi hashtag #KarnivalThrowbaekDrama di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

Artikel Berkaitan