Selepas Astro Gempak melaporkan berita mengenai pertunangan pengacara Mat Dan, beberapa keping foto yang menunjukkan Mat Dan bersama pasangannya bernikah pula viral di laman sosial.

BACA: Mat Dan Selamat Bertunang

Difahamkan, Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 28, melangsungkan pertunangan di pada waktu pagi dan terus melangsungkan majlis pernikahan di sebelah petang bersama gadis pilihan hatinya di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, semalam.

Majlis pertunangan dan pernikahan pengacara rancangan travelogue Mat Dan Kaki Jalan yang bersiaran di Astro Prima dan Astro Maya HD ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang datang dari Bristol, England.

Identiti gadis berbangsa Melayu yang berjaya menambat hati Mat Dan ini masih belum dapat dikenalpasti. Menurut beberapa laporan media, suri hati Mat Dan merupakan seorang gadis berusia 20-an dan bekerja sebagai seorang pramugari.

Astro Gempak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Mat Dan dan pasangan!

Teks oleh: Kamaruddin Razal