Pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan, Mohammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan telah selamat melangsungkan ikatan pertunangan dengan seorang gadis Melayu di Kuala Terengganu hari ini.

Majlis pertunangan antara Mat Dan dengan gadis yang belum diketahui identiti itu diketahui ramai selepas beberapa keping gambar majlis pertunangan mereka viral di laman sosial. Mat Dan turut ditemani oleh bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler.

Butir peribadi gadis yang menjadi suri hati Mat Dan masih belum dapat dikenalpasti. Astro Gempak mengucapkan selamat bertunang kepada Mat Dan! Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

BACA: Pagi Bertunang, Petang Bernikah - Mat Dan Selamat Bergelar Suami