Pelakon drama bersiri Papa Ricky, Hafizul Kamal terpaksa makan makanan berkhasiat untuk mengurangkan berat badannya.

Hafizul, 29, telah berkongsi foto makanan sihat yang dimasak oleh isterinya, Nurul Fariza Ibrahim, 22, menerusi akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.

Foto itu menunjukkan hidangan daging ayam dan ikan Salmon yang hanya dibakar dan dimasak tanpa mengguna minyak.

"Meal prep untuk diriku yang makin mengembang by my wife," tulisnya.

Dalam pada itu, Hafizul juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana memberikan semangat dan sokongan dalam proses mengurangkan berat badannya.

Tq @mieja_ibrahim lebiu. Pengecutan bermula dari diet yang sihat," tulisnya.

Papa Ricky bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).