Isteri kepada pelakon Keith Foo menerusi akaun Instagram (IG) miliknya buat pertama kali mempamerkan baby bumpnya yang semakin menonjol.

Menerusi entri tersebut, isterinya Kim Raymond memberitahu, usia kandungannya sudah memasuki lima bulan.

5 months and counting ?? #littlekimchi #babykimchi #babyfoo #babyraymondfoo #kuchirat #k8kl

A post shared by Kim Raymond (@kimchiraymond) on


Rata-rata peminat dan pengikutnya teruja dan mengucapkan tahniah.

Tidak ketinggalan juga ada yang suka melihat gaya Kim dengan perutnya itu kerana comel.

Terdahulu, Keith memberitahu dia merancang untuk berehat seketika dari kerjaya seninya kerana mahu memberi perhatian kepada kesihatan isterinya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan media pada tahun 2014 dan melangsungkan majlis perkahwinan pada 2015.

Teks oleh Syafiqah Jalal