Penyanyi antarabangsa, Jennifer Lopez menjelaskan tidak kisah mempunyai kekasih yang lebih muda daripada usianya.

Menurut laporan Daily Mail, penyanyi yang mesra dengan panggilan J.Lo ini tidak pernah meletakkan usia seseorang yang lebih muda itu untuk dijadikan kekasihnya.

"Saya tidak pernah memilih untuk bercinta dengan lelaki muda dan kamu tidak harus menjadi lebih muda untuk bercinta dengan saya.

"Apa yang penting adalah sikap dan perwatakan seseorang itu yang membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya.

"Kalau saya suka pun bukan kerana usianya," katanya menerusi temubual bersama The Ellen DeGeneres Show.

Jlo, 47, kini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama rapper Drake, yang muda 17 tahun daripadanya.

Mereka dikatakan mula bercinta pada Disember tahun lalu apabila masing-masing sering berkongsi gambar bersama di media sosial.