Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta akui pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji RM4,000.

Pun begitu, Che Ta berkata dia hanya bekerja dalam tempoh yang singkat sahaja kerana merasakan gajinya itu tidak cukup dan mengambil keputusan untuk berlakon.

"Selepas bercerai sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Ketika itu saya merasakan gaji RM4,000 terlalu kecil.

"Saya kemudian mendapat tawaran membuat iklan, makin lama rezeki saya dalam dunia modelling semakin murah dan saya dapati ia lebih lumayan daripada kerja makan gaji saya.

"Jadi saya berhenti sahaja kerja dengan syarikat itu. Selepas sahaja berhenti saya pun mendapat tawaran berlakon.

"Rupanya berlakon lebih berbaloi kerana kita tidak perlu kerja setiap hari tetapi saya terima bayaran lebih daripada apa yang tempat kerja saya bagi.

"Lagipun saya bekerja untuk menyara anak. Saya mencari rezeki untuk mereka, jadi saya mahu mereka selesa," luah Che Ta dalam The House 3.

Selain kisah Che Ta, The House turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.

Saksikan The House yang telah mula ditayangkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada 18 Disember lalu setiap hari Rabu.

The House turut menemui penonton dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam bermula 25 Januari 2017.

Teks oleh Syafiqah Jalal