Anggota Running Man, Yoo Jae Suk geram dengan sikap Ha Ha mempermainkan wajah isterinya seolah-olah wanita itu mempunyai rupa paras yang tidak cantik.

Kejadian itu berlaku menerusi episod Running Man yang bersiaran di Korea baru-baru ini.

Menerusi episod tersebut, Ha Ha dikehendaki menjawab beberapa soalan yang diutarakan dengan pantas untuk menyempurnakan misi yang dilaksanakan.

Soalan tersebut meminta Ha Ha memberikan sebab mengapa dia merupakan seorang lelaki yang baik berbanding Yoo Jae Suk.

Sebaik sahaja mendengar soalan tersebut, Ha Ha dengan pantas memberikan jawapan spontan berbunyi:

“Penampilan saya lebih elok, keluarga saya lebih baik dan isteri saya pula lebih cantik berbanding Jae Suk," katanya.

Mendengar jawapan tersebut, wajah Jae Suk berubah serta merta dan dia juga seolah-olah kehilangan kata-kata untuk membalas jawapan Ha Ha itu.

Tidak lama kemudian, Jae Suk meneruskan kembali permainan itu dan menolak untuk menjawab soalan berkenaan.

“Pass! Saya tidak mahu menjawab soalan tersebut bukan kerana saya akur dengan kata-kata yang diberikan olehnya.

“Sebaliknya saya hanya lepaskan soalan tersebut kerana keinginan saya sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, pengakuan yang dibuat oleh tetamu jemputan, Kim Young Man secara tiba-tiba terhadap isteri Ha Ha membuatkan team Running Man ketawa.

“Tetapi betul juga kata Ha Ha, Byul (isteri Ha Ha) memang sangat cantik orangnya,” katanya bersahaja.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi