Pelawak kelahiran program realiti Lawak Solo, Fikry terkejut menerima mesej berbaur lucah yang dihantar oleh peminat lelaki.

Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ibrahim, 23, tidak memberi sebarang respon terhadap mesej yang dihantar oleh lelaki itu.

“Saya rasa terkejut kerana menerima direct message menerusi aplikasi Instagram dari seorang lelaki. Mesej tersebut merupakan mesej berbaur lucah dan mahu mengajak saya melakukan hubungan seks.

“Saya rasa takut dan gerun membaca mesej tersebut dan tak sangka menerima mesej yang tidak sepatutnya dari seorang peminat lelaki. Saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang respon dan membiarkan sahaja mesej tersebut,” kata Fikry kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fikry juga mendedahkan yang dia mendapat tawaran untuk terjun dalam bidang lakonan.

“Setakat ini, saya mendapatbeberapa tawaran untuk berlakon. Sebagai pendatang baru, saya mahu mencuba cabang lain dalam bidang hiburan.

“Saya bersyukur kerana selepas Lawak Solo, kerjaya seni saya semakin berkembang baik. Jika kena dengan watak dan tiada kekangan masa, saya akan turut memberikan fokus terhadap bidang lakonan,” katanya ketika ditemui di siding media Anugerah MeleTop Era 2017 (AME 2017) sebentar tadi.

AME 2017 bakal berlangsung pada 23 April ini di Stadium Melawati, Shah Alam. Untuk mengundi selebriti kesayangan anda, jangan lupa untuk melayari laman web www.anugerahmeletopera.com.my!

Teks oleh: Kamaruddin Razal