Hari ini Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas kepada rakyat Malaysia.

Untuk memudahkan kita semua faham tentang apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri, kami menyediakan 12 intipati perutusan tanpa mengikut susunan.

1. Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama 4 minggu, sehingga 9 Jun 2020.

2. Larangan pergerakan merentas negeri masih lagi dikuatkuasakan dan balik kampung untuk tujuan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tidak dibenarkan.

3. Ziarah menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga terdekat. Tidak boleh melebihi 20 orang dalam satu satu masa.

4. Tidak boleh mengadakan rumah terbuka. Setiap keluarga perlu memastikan SOP kesihatan seperti penjarakan sosial,pemakaian penutup mulut dan hidung, serta amalan kebersihan kendiri ketika musim perayaan.

5. Kelonggaran diberikan kepada suami isteri yang bekerja rentas negeri untuk bertemu. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke Balai Polis terdekat.

6. Menteri Kewangan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter atau email. 2.3juta permohonan BPN telah diluluskan pada 9 Mei 2020 melibatkan RM11 bilion.



7. SOP solat berjemaah di masjid termasuk solat Jumaat sedang diperhalusi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan akan dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong.

8. Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah.

9. Penduduk zon merah dinasihatkan berhati-hati dengan mengurangkan sebarang aktiviti di luar rumah. Penduduk di luar zon merah dinasihatkan tidak ke zon merah.

10. Penduduk zon hijau juga diminta berhati-hati. Tidak perlu ke sana ke sini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap yang boleh menyerang pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Amalkan norma baharu.

11. Kerajaan Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik. Rakyat Malaysia diseru supaya terus mengikuti SOP yang ditetapkan. Jika berlaku peningkatan kes yang ketara, PKPD akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas.

12. Perdana Menteri meminta rakyat agar bersabar dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia.