Hero drama Goblin, Gong Yoo mengambil keputusan untuk berehat seketika selepas episod akhir drama popular itu disiarkan hujung Januari lalu.

Menurut laporan agensinya, Soop Management, jadual kerja Gong Yoo sangat padat sehingga aktor berusia 37 tahun itu belum mempunyai masa untuk berehat.

“Selepas Goblin tamat, Gong Yoo kini masih sibuk dengan penggambaran iklan. Dia perlu memberikan komitmen dan fokus terhadap kerjanya sebelum bercuti.

“Gong Yoo bakal bercuti sekitar pertengahan bulan Mac kerana jadualnya pada waktu dia tidak mempunyai sebarang aktiviti ataupun penggambaran.

“Jadi peluang tersebut akan digunakan sebaik mungkin oleh Gong Yoo untuk berehat. Sepanjang tempoh tersebut, dia juga akan meneliti beberapa skrip dan juga tawaran yang diterima untuk projek seterusnya,” katanya.

Tambah wakil agensi itu juga, selepas Train To Busan, Gong Yoo bakal terlibat dengan sebuah filem baru tidak lama lagi.

“Berkemungkinan besar, untuk projek akan datang Gong Yoo bakal terlibat dengan sebuah filem baru berbanding drama,” ujarnya.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi