Pelakon Zizan Razak mengimbas kembali foto lama bersama penyanyi Bob Yusof.

Foto tersebut dimuat naik Zizan menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Menariknya kapsyen yang ditulis Zizan agak lucu apabila melibatkan pelakon Korea terkenal, Lee Min Ho.

“Tersenyum manis Bob AF apabila bertemu dengan Lee Min Ho seorang pelakon terkenal Korea. Untunglah Bob dan ramai yang cemburu dengan foto ini. Jangan dengki guys dah nasib Bob bertemu dengan bintang Korea,” tulisnya.

Tersenyum manis Bob Af apabila bertemu dengan Lee Min Ho seorang pelakon terkenal Korea. Untunglah Bob dan ramai yang cemburu dengan foto ini. Jangan dengki guys dah nasib Bob dan bertemu dengan bintang Korea. @bobyusof @actorleeminho #stayhome #ramadhan #koreandrama

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Namun apa yang menarik perhatian apabila pelakon dan pengacara Neelofa juga tidak ketinggalan mengusik Zizan.

“Paka gapo gitu Zizan,” tulisnya.


Selain Neelofa, selebriti lain juga turut meninggalkan komen lucu di IGnya antaranya Alif Satar, Ruhainies dan Naim Daniel.

Sehingga kini foto tersebut telah menerila lebih 140,000 tanda suka.