Suasana sedih menyelebungi keluarga aktor, Tom Cruise apabila kehilangan ibunya, Mary Lee South pada usia 80 tahun.

Hollywoodlife.com melaporkan, Ibu Tom Cruise meninggal dunia secara mengejut ketika sedang tidur minggu lalu.

Ramai tetamu yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mary Lee, di sebuah gereja Scientology ketika upacara pengebumiannya semalam.

Tom, bersama ahli keluarganya yang lain iaitu Lee Ann DeVette, Cass Mapother dan Marian Henry turut menghadiri upacara tersebut.

"Mary adalah orang yang banyak menyokong dan memberi semangat terhadap kerjaya Tom Cruise sejak dia bergelar pelakon.

"Ibunya adalah orang yang memaksanya untuk melibatkan diri dalam dunia teater lakonan tempatan," kata sumber.