Pelakon Bollywood Saif Ali Khan, telah berkongsi foto ‘close-up’ anak sulungnya Taimur Ali Khan dan telah mendapat pujian para pengikut di Instagram (IG).

Rata-rata pengikut IG Saif begitu teruja melihat kecomelan wajah Taimur dan mengatakan kecomelan bayi tersebut diwarisi daripada ibu dan bapanya.

Foto Taimur kembali tular di laman internet selepas beberapa hari Kareena memberi kenyataan mengenai netizen yang masih mempertikaikan nama anaknya itu.

Nampaknya, kecomelan Taimur telah menyebabkan netizen yang ‘galak’ mengkritik sebelum ini terdiam dan bertukar pujian.

Sementara itu, wajah comel Taimur turut mendapat perhatian aktres Priyanka Chopra yang menulis komen; “Bayi adalah momen paling indah dan Taimur seorang yang sangat comel dan mewakili kecantikan ibu dan bapanya. Saya sangat teruja untuk Saif dan Bebo (nama samara Kareena). Semoga anak comel ini akan menjadi pemimpin suatu hari nanti dan semua orang akan memberi perhatian kepadanya!”

Nama Taimur yang dipilih Saif dan Kareena bermaksud besi dalam bahasa Arab.

Bagaimanapun ramai yang mempertikaikan nama Taimur kerana ia merupakan nama seorang penakluk Turki-Mongol abad ke-14 dan pengasas Empayar Timurid di Parsi.