Miss K terkejut mendapat kiriman dari seseorang yang menggelarkan dirinya Mr. Qalif. Ha, Mr. Qalif ni tak ada kena mengena dengan buku Qalif Moden Fattah Amin yang sedang viral tu. Haha!

Mr. Qalif mengirimkan Miss K screenshot beberapa tweet yang didakwa datang dari bekas pembantu peribadi (PA) pelakon Siti Elizad.

"Cerita dia macam ni Miss K. Aku dapat cerita ni pun menerusi kawan aku yang merupakan peminat Elizad.

"Sekitar bulan Disember lepas, ada kenyataan yang dibuat oleh Elizad yang melibatkan PA di sebuah akhbar. Kata Elizad, dia mahu mencari PA yang tidak panas baran.

"Membaca kenyataan yang dibuat oleh Elizad, si bekas PA ni pun mengamuklah. Habis terkeluar luahan hati kat laman Twitter. Ha, yang aku bagi ni screenshot amukan bekas PA Elizad.

"Kalau baca kau sendiri pun tak percaya. Aku terkejut sampai sekarang. Aku malas nak ulas panjang Miss K, kau boleh baca sendiri," kata Mr. Qalif.

Miss K pun tak berani nak komen lanjut. Pembaca boleh baca sendiri dan nilaikan. Miss K harap ada penjelasan dari Elizad sendiri mengenai perkara ini.

Miss K: Makin lama makin melekat pulak tengok drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen. Jangan lupa tengok setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!