Kumpulan Forteen masih keliru tentang perasaan cinta dan masih ragu-ragu dan tertanya-tanya sama ada mereka bertepuk sebelah tangan.

Situasi tersebut adalah kisah daripada lagu baru Forteen yang bertajuk Apa Ini Cinta, ciptaan sepenuhnya komposer hebat Edry Abdul Halim.

Menariknya Apa Ini Cinta akan turut menjadi lagu tema untuk drama Menanti Februari terbitan Sha’s Media, lakonan Zul Ariffin, Fatiya Latiff & Afiq Muiz arahan Ayie Mustafa.

Forteen menerusi sebuah kenyataan media berharap agar lagu terbaharu mereka ini dapat diterima dan mendapat sokongan para peminat setia mereka.

Audio dan video lirik akan mula di muatnaik di You Tube saluran KRU Music bermula 13 Febuari ini.

Lagu Apa Ini Cinta juga boleh didengari menerusi platform streaming seperti YouTube, Spotify, Yonder, PSonar, Joox, Raku dan Apple Music; muat turun menerusi iTunes dan juga boleh dijadikan sebagai lagu nada dering melalui perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan bermula pada tarikh sama.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Aidil Shakirin melalui emel [email protected] atau ditalian 012-2693727.

Forteen sebelum ini popular dengan lagu-lagu seperti lagu Berdua Bersatu, Kita, Tidak Pernah Berjumpa, Linangan Terkahir dan Dekat Tapi Jauh yang juga menjadi lagu tema untuk filem, drama dan telemovie.

Bukan itu sahaja, ahli kumpulan ini juga giat aktif dalam bidang lakonan dan ada antaranya pecah panggung sekaligus menaikkan nama mereka.