Seorang pelajar ekonomi tahun pertama di United Kingdom, Shacind Ananthan menunjukkan penghargaan terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan petugas barisan hadapan negara memerangi wabak COVID-19.
Shacind berkongsi kisah mengenai perjalanan pulang bermula di negara berkenaan dan berakhir di Hotel Impiana KLCC di mana dia dan 73 yang sedang dikuarantin.
“Setibanya di KLIA, kami disambut dengan kehadiran dua lelaki berseragam. Seorang ditugaskan untuk menyusun barisan kami sambil mengigatkan jarak sosial 1 meter manakala seorang lagi ditugaskan untuk membawa kami ke skytrain.
“Di skytrain pula seorang lagi anggota polis telah mengambil alih dan membawa kami menuju ke bas yang disediakan di balai ketibaan. Setiap bas mempunyai maksimum hanya 10 orang dan tempat duduk juga ditandakan dengan 'X' untuk memastikan kami duduk bersebelahan antara satu sama lain.
“Di dalam bas ada seorang lagi anggota polis akan memastikan kami naik satu persatu dan hanya membenarkan orang seterusnya masuk ke bas sekiranya orang sebelumnya selesai duduk.
“Setiap tempat pemeriksaan anda akan dapat melihat sekurang-kurangnya satu dua pegawai dan mereka melakukan tugas dengan tekun sehingga semuanya berjalan lancar.
“Sebaik turun bas, kami berjalan ke kaunter imigresen dan melalui sistem thermometri infra-merah. Selepas melepasinya, kami dibawa ke arah sepasukan pegawai kesihatan dari KKM di sebelah kanan.
“Saya sangat kagum dengan bilangan pegawai kesihatan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka. Terdapat kira-kira 10 pegawai yang kelihatan dalam sut hazmat, masing-masing disediakan dengan kerusi dan meja.
“Saya disambut oleh seorang wanita yang meminta borang pengisytiharan kesihatan saya dan mengesahkan sekiranya saya mempunyai sebarang gejala.
“Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya dan menggelarkan saya sebagai ‘adik’ membuatkan saya berasa seperti saya berada di tangan yang selamat.
“Dia kemudian memberi saya borang penilaian rumah di mana saya perlu memantau dan melaporkan gejala saya setiap hari.
“Selepas Imigrasi, kami beratur untuk membersihkan tangan kami dan kemudian diberikan satu lagi borang untuk mendaftarkan butir-butir dan kenalan kecemasan kami.
“Selepas 20 minit berlalu, seorang pegawai polis memberi taklimat ringkas mengenai perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan semasa dalam kuarantin.
“Persoalan di fikiran semua orang adalah “di mana kami akan dibawa?” Saya terdengar ada yang berharap ia adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang di KL.
“Bagaimanapun dengan situasi begini, kecenderungan rakyat Malaysia yang sentiasa mengharapkan kemewahan memang tak akan pudar kan?
“Polis kemudiannya menjawab dengan sopan bahawa dia juga tidak pasti di mana kami akan dikuarantin tetapi memberi jaminan bahawa ia adalah tempat yang baik,” tulisnya.
Tambah Shacind lagi, dia begitu kagum dengan kecekapan petugas barisan hadapan mengendalikan situasi berkenaan.
"Fikiran saya masih dalam keadaan tidak percaya, dan saya sentiasa tertanya-tanya berapa banyak tenaga dan logistik yang mesti diambil untuk membuat proses berjalan lancar hanya untuk mencapai tahap kecekapan seperti ini.
"Sebelum turun dari bas, seorang lelaki berpakaian Paskau (Pasukan Udara Khas) memberi tahu kami mengenai tindakan seterusnya. Setelah sampai di hotel, puluhan orang dengan lengkap berpakaian Hazmat berdiri di meja panjang untuk pemeriksaan dan tujuan pendaftaran,” coretnya.
Menurutnya lagi, setiap bilik yang dikuarantin mempunyai dua kotak air botol, beg plastik untuk pakaian yang tercemar dan beg besar yang dipenuhi dengan kopi dan makanan ringan, ditambah dengan makanan berkhasiat tiga kali sehari, semuanya secara percuma.
Pasukan kuarantin juga mempunyai kumpulan WhatsApp, di mana mereka menyatakan mesej harapan, keyakinan, dan rasa syukur kepada pihak frontliners yang tanpa ragu merisikokan diri mereka.
"Mengapa saya menulis ini? Ini adalah akaun utama seseorang yang telah mengalami penderitaan meninggalkan negara asing semalaman dengan masa depan yang tidak menentu.
“Ini juga adalah untuk mengatasi benda-benda palsu dalam talian yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik negara kita.
“Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa Malaysia telah menjadi salah satu negara yang paling proaktif dalam menangani ancaman Covid-19.
“Oleh itu, saya menyeru ‘para ahli ekonomi’ di rumah, orang-orang yang membantah secara berterusan - jika anda tidak dapat mengiktiraf kebaikan yang kerajaan kita lakukan, sekurang-kurangnya jangan halang atau ganggu mereka.
"Terima kasih sekali lagi Malaysia kerana menjaga saya dengan selamat. Saya selalu, selalu dan sangat-sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Tanah tumpahnya darahku!" jelas Shacind mengakhiri coretannya.
Terdahulu, kumpulan yang digelar sebagai kluster kayangan mendapat kecaman netizen kerana enggan bekerjasama mengawal penularan COVID-19.
Mya Amri
Sun Apr 12 2020
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.