Pelakon Sharnaaz Ahmad menyarankan agar orang ramai menangguhkan keinginan untuk menggunting rambut di kedai.

Sharnaaz memberikan pesanan itu menerusi video berdurasi 3 minit 36 saat yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Sharnaaz, tindakan tersebut boleh mengundang bahaya kerana tiada jaminan amalan penjarakan sosial antara tukang gunting dan pelanggan.

“Saya tahu kerajaan ada bagi pergi gunting rambut. Korang bawa bersabar, gunting rambut ni orang kata satu benda yang boleh buat paling last pun tak apa.

“Bukannya korang nak pergi mesyuarat atau ada show yang menuntut korang untuk gunting rambut. Saya pun tak ada berlakon dah sekarang ni, duduk rumah lipat kain sahaja.

“Faham tak? Tak usah la duk gaduh sangat nak pergi gunting rambut, korang guntinglah rambut sendiri. Kalau tak nak biarlah rambut panjang pun tak apa. Tak rosak apa pun biar sahajalah rambut tu panjang.

“Yang benda lain buka seperti kedai hardware tu bagus juga sebab benda-benda tu penting. Gunting rambut ni korang dekat dengan dia, dia pun dekat dengan korang. Tak ampa mampuih, dia mampuih. Cuba fikir sekejap.

“Kita bukan nak doa orang mati ke apa, kita nak doa untuk kebaikan untuk benda ni habis terus. Tak akan kita nak raya dalam kuarantin lagi kot?

“Jadi untuk kebaikan kita bersama tak usah gatal lah nak pergi gunting rambut. Apa-apa pun saya nak pesan stay safe, duduk rumah. Kalau nak keluar pun biarlah yang ada kepentingan,” ujarnya.

Bulu ketiak panjang boleh, rambut panjang bising..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


BACA: “Semua Outlet Tidak Beroperasi” – Tutup Kedai Gunting Rambut, Joe Flizzow Pilih Keselamatan Pelanggan Dan Pekerja


Terdahulu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya projek pembinaan, industri automotif dan industri terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat semasa fasa tiga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan juga mengumumkan PKP telah dilanjutkan sehingga 28 April depan.