Stesen radio nombor satu di kawasan Pantai Timur, GEGAR mempelawa semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai ‘Karok Kuarantin GEGAR’.

Bermula dari sekarang hingga 16 April 2020, peserta berpeluang untuk memenangi baucer membeli belah bernilai RM200 setiap hari di GEGAR.

Baucer ini boleh memanfaatkan peminat GEGAR semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan membantu dengan pembelian barangan keperluan.

Berikut merupakan antara mekanisma peraduan KAROK KUARANTIN GEGAR : 1. Ikuti Facebook & Instagram GEGAR dan dapatkan senarai lagu yang akan dimuat naik di Instastory dan FBstory. 2. Peserta perlu memuat naik video karaoke di akaun Instagram mereka berdasarkan lagu yang telah disenaraikan, berserta hashtag #KarokKuarantinGEGAR . Pastikan akaun Instagram anda dalam mode “Public”. 3. Dengarkan GEGAR MALAM BERSAMA @anna.aljuffrey setiap Ahad-Khamis, jam 8-12 tengah malam untuk mengetahui siapa pemenangnya. 4. Anda yang bertuah bakal memenangi baucar membeli belah sebanyaK RM 200 dengan kerjasama dari FMC Music. TERTAKLUK TERMA & SYARAT PERADUAN #DudukRumah #Covid19 #PerintahKawalanPergerakan

A post shared by GEGAR (@gegar.my) on


Cara-cara menyertai ‘Karok Kuarantin GEGAR’ adalah seperti berikut:

#1 Peserta perlu mengikuti laman Instagram GEGAR, sebagai syarat utama peraduan.

#2 Peserta perlu memilih satu lagu untuk dinyanyikan daripada senarai artis dan tajuk lagu yang dimuat naik setiap hari di ‘Instagram Stories’ GEGAR

#3 Muat naik video karaoke melalui Instagram, gunakan tanda pagar (‘hashtag’) #KarokKuarantinGEGAR dalam kapsyen dan pastikan akaun Instagram adalah pada tetapan awam (‘public’).

Pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan kreativiti peserta dan pemenang harian akan diumumkan di segmen GEGAR Malam (8 malam - 12 tengah malam) bersama Anna Aljuffrey.

Ikuti GEGAR di laman sosial dan dengarkan GEGAR menerusi aplikasi SYOK di mana sahaja ketika di rumah!