Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dia sudah melafazkan talak terhadap isterinya Datin Seri Nur Shahida menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya.

Perkara itu dijelaskan sebagai jawapan kepada pertanyaan seorang pengikutnya yang bertanyakan perkara itu di ruang soal jawab laman sosial terbabit.



"Memang betul ke Datuk dah lafaz talak dekat Datin...Moga ada jalan terbaik untuk Datuk dan Datin, Amin," tulis individu tersebut.

Menjawab soalan itu, Aliff menyatakan dia masih belum melafazkan talak dan akan mengikut peraturan dari pihak berkuasa.

"Saya harap anda tidak menabur fitnah, saya tak pernah berbuat begitu, dalam soal ini, saya juga akan mengikut peraturan dari pihak berkuasa," jelasnya dalam IG Story.



Baru-baru ini kecoh apabila surat tuntutan cerai dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet.

Difahamkan, Aliff dan Shahida sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram.

Menerusi perkahwinan Aliff dan Shahida, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.