Heroin drama Goblin, Kim Go Eun memadamkan foto terbaru di Instagramnya selepas menerima ejekan mengenai rupa parasnya.

Foto selfie yang dimuatnaik oleh Kim Go Eun baru-baru ini memperlihatkan wajahnya tanpa mengenakan sebarang solekan.

Bagaimanapun foto itu menerima banyak komen negatif yang diberikan oleh haters.



Mereka juga mengatakan rupanya kelihatan hodoh dan pucat tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai seorang pelakon.

Tidak cukup dengan itu, haters juga mula mempersoalkan mengapa Go Eun begitu yakin untuk memuatnaik foto tanpa make up yang membuatkan rupanya kelihatan seperti orang tua.

Tidak lama kemudian, foto itu telah pun dipadamkan dan peminat membuat spekulasi aktres itu bertindak demikian kerana tidak tahan dengan komen-komen negatif yang diterima.

Selepas kejadian itu, peminat Go Eun mula meninggalkan mesej positif dan kata-kata semangat menerusi ruangan komen foto-foto lamanya.

Mereka juga turut memberitahu wanita itu sememangnya kelihatan cantik dan memohon supaya dia mengabaikan komen-komen negatif tersebut.

사랑해요?

A photo posted by @ggonekim on


Teks oleh: Mya Amri