Pelakon Erin Malek kelihatan semakin cantik dan berseri selepas hamil anak kedua.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, begitu ramai peminat memuji kecantikkan wajahnya dan melabelkannya sebagai seri ibu mengandung.

Setiap foto yang dikongsi oleh Erin pasti menerima komen-komen positif dan tidak kurang juga ada mendoakan supaya dipermudahkan segalanya apabila tiba waktu bersalin nanti.

Sebelum ini Erin telah mendedahkan jantina anak keduanya menerusi IG ketika sambutan hari lahir anak sulungnya, Mohamed Faliq Oktober tahun lalu.

“Can’t wait to see your lil sister soon Faliq. InsyaAllah agar semuanya dipermudahkan, Amin. #faliqsgonnabeabigbrother,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun Erin tidak mendedahkan usia kandungannya.

Sebaik sahaja berita gembira itu dikongsi, peminat mula mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa gembira diruangan foto tersebut.

Teks oleh : Mya Amri

This scarf definitely keeps me fuss-free. Easy to style & need zero effort to keep it in [email protected] #amlover

A photo posted by ERIN MALEK | 23 (@erinmalekofficial) on

? Hijab from @aleynamiranda.co #amlover

A photo posted by ERIN MALEK | 23 (@erinmalekofficial) on

While Papa's at work & Faliq's at school ☺️?? #someMEtime #nailsmith

A photo posted by ERIN MALEK | 23 (@erinmalekofficial) on