Penyanyi Tomok berkongsi pandangannya berkenaan dengan isu ‘Artis Perlu Bantuan Kerajaan’ baru-baru ini.

Tomok menyatakan pendapatnya menerusi muat naik posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Tomok, dia berharap kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus.

“Assalamualaikum semua… Saya di sini terdetik untuk memberikan sedikit pandangan saya berkenaan isu ‘Artis Perlu Bantuan Kerajaan’

“Seperti mana yang kita tahu sekarang,negara kita berada di dalam satu situasi di mana semua golongan terkesan dengan wabak Covid - 19 ini.

“Golongan anak seni juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat ini di mana segala aktiviti seni kami tidak kira penyanyi, pelakon, pemuzik, krew penerbitan, produksi drama atau filem semuanya terjejas, ditunda atau terpaksa di batalkan.

“Ianya memberikan impak yang besar pada mereka di mana kebanyakan anak seni dan penggiat seni ini menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka.

“Begitu juga dengan artis-artis senior tanah air yang kurang bernasib baik semoga pihak berwajib dapat membantu lagenda-lagenda kita ini.

“Dengan pandangan saya ini, saya harap pihak kerajaan tidak terlepas pandang pada anak-anak seni dan penggiat seni. No one will be left behind,” tulisnya.

assalamualaikum semua..saya di sini terdetik untuk memberikan sedikit pandangan saya berkenaan isu ‘Artis Perlu Bantuan Kerajaan’ . seperti mana yang kita tahu sekarang,negara kita berada di dalam satu situasi di mana semua golongan terkesan dengan wabak Covid - 19 ini . golongan anak seni juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat ini di mana segala aktiviti seni kami tidak kira penyanyi,pelakon,pemuzik,krew penerbitan,produksi drama atau filem semuanya terjejas,ditunda atau terpaksa di batalkan . ianya memberikan impak yang besar pada mereka..di mana kebanyakan anak seni dan penggiat seni ini menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka . begitu juga dengan artis-artis senior tanahair yang kurang bernasib baik semoga pihak berwajib dapat membantu lagenda-lagenda kita ini . dengan pandangan saya ini,saya harap pihak kerajaan tidak terlepas pandang pada anak-anak seni dan penggiat seni . no one will be left behind . tomok

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini susulan kes positif COVID-19 masih berlaku.

Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!