Pengarah saluran SBS, Nam Seung Yong mendedahkan Kim Jong Kook merupakan penyelamat kepada program berkenaan.

Nam Seung Yong yang juga merupakan pencipta Running Man memberitahu Kim Jong Kook memainkan peranan besar dalam mengubah keputusan anggota lain.

Menurut Nam Seung Yong, dia telah bertemu dengan Kim Jong Kook terlebih dahulu untuk bertanyakan mengenai hal tersebut sebelum berjumpa lima anggota lain.

“Sewaktu bertemu dengan Kim Jong Kook, saya telah bertanyakan satu soalan.

“Bolehkah sekiranya rancangan Running Man dikekalkan dan kita semua kembali bersama?” katanya.

Tambah Nam Seung Yong lagi, selepas beberapa ketika memikirkan perkara tersebut Kim Jong Kook kemudiannya bersetuju untuk meneruskan rancangan tersebut.

Difahamkan, Kim Jong Kook kemudiannya bergegas bertemu anggota lain bersama pengarah Nam dan menyakinkan mereka untuk kembali.

Tanpa berfikir panjang, kelima-lima anggota tersebut terus bersetuju untuk kekal bersama Running Man.

Dalam pada itu menurut sumber terdekat, Kim Kong Kook membuat keputusan untuk kembali kerana memikirkan tentang peminat program tersebut.

“Sudah pasti Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo terluka dengan apa yang terjadi kepada mereka namun sebab utama mereka memilih untuk terus bersama Running Man adalah kerana peminat.

“Mereka mahu membayar segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan oleh peminat seluruh dunia terhadap Running Man.

“Jadi mereka akan teruskan sesi penggamabaran program berkenaan dan juga menghadiri siri jelajah Running Man tanpa sebarang masalah,” jelasnya.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Koreaboo