Selepas sebulan pemergian pelawak Abam Bocey, adiknya, Ali Puteh berkongsi foto kenangan bersama ketika zaman kanak-kanak.

Ali dalam posting sama di Instagram meluahkan rasa rindu tidak terhingga buat abangnya itu.

"Sekejap masa berlalu..genap sebulan pemergianmu.

"Andai dapat ku undurkan putaran dunia...

"Kiri itu saya, kanan tu arwah abam...abanggg!! Angah rindu abang lah!! Mak rindu abang!! Along rindu abang..adik rindu abang..tunggu kami di sana ye bang," tulisnya.

Andai dapat Ku undurkan putaran dunia...Kiri itu sy..kanan Tu arwah abam...abanggg!! angah rindu abang lah!! Mak rindu abang!! Along rindu abang..adik rindu abang..tggu Kami disana ye bang..

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on


Menariknya tentang perkongsian Ali itu, ada dalam kalangan netizen menyamakan wajah anak Allahyarham Abam, Hamzah mirip bapanya ketika kecil.

"Hamzah ikut muka arwah. Sepasang. Kita semua rindu abam. Bawak lah mak jumpa hamzah mungkin boleh terubat rindu nya," tulis @livingwithdania.

Kesempatan itu juga diambil netizen untuk mengucapkan salam takziah buat keluarga Ali dan meminta mereka terus bersabar.

"Semoga keluarga ini baik-baik saja. Kita sebagai orang luar nampak luaran sahaja tak tahu dalaman apa masalahnya.

"Doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga. Mungkin ada yang boleh mengalah dalam hal ini tapi siapalah kita untuk menilai situasi mereka sebab kita pun tak tahu cerita sebenar," tulis @hani_violet.

Tidak terhenti sekadar komen positif, ada juga dalam kalangan netizen yang menyifatkan entri itu sekadar mahu mencari perhatian.

Malah ada yang terkejut dengan tindakan Ali yang membalas komen jujur yang ditulis netizen dengan cara kasar.




Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari akibat demam panas.

Saksikan karya lakonan arwah Abam dan program Ali Puteh yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!