Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa memukul anak angkatnya.

Sebelum ini, menerusi sebuah laporan polis yang tular, pembantu rumah itu memberitahu dia disuruh membawa anak angkat tersebut ke dalam bilik kasut sebelum diarahkan memukul kanak-kanak malang terbabit.

Katanya, majikan itu sendiri telah memukul kanak-kanak tersebut menggunakan kasut di bahagian badan dan mencubitnya sehingga meninggalkan kesan, selepas dia enggan bertindak (memukul) seperti yang diarahkan.

BACA: Usahawan Kosmetik Didakwa Pukul Anak Angkat Dengan Kasut, Bibik Buat Laporan Polis!

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Aliff merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia mempunyai seorang anak angkat, Ameena yang tidak mengikuti isterinya, Datin Seri Nur Shahida dan anak-anak lain menunaikan ibadah umrah.

Rata-rata netizen menyerang ruangan komen Aliff di posting terakhirnya sambil mempersoalkan punca dia mengambil tindakan sedemikian.



Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawiserta dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.