Instagram penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Safawi Rashid dibanjiri komen-komen sokongan daripada peminat bola sepak tanah air.

Safawi menerusi akaun Instagram (IG) @safawirasid29 menerima hampir 5,000 komen-komen positif gara-gara prestasinya yang dikatakan merudum.



Menerusi tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata peminat memohon agar Safawi kembali fokus kepada sukan bola sepak dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.






Malah, ramai yang turut memuji sikap ambil berat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjaga prestasi dan kebajikan pemain terbaiknya.

Semalam, Tunku Ismail menerusi hantaran di IG mendakwa kemerosotan mendadak pemain sayap itu disebabkan oleh tekanan daripada teman wanita Safawi, pelakon Syifa Melvin untuk berkahwin.

Beliau turut memberi amaran kepada Safawi agar segera mempertingkatkan prestasinya atau berkemungkinan disingkirkan daripada pasukan.



Dalam pada itu, Safawi telah memuat naik status permohonan maaf di atas prestasinya yang semakin merosot dan akan cuba melakukan yang terbaik dalam perlawanan akan datang.

Baca: “Saya Minta Maaf!” - Safawi Rasid