Isteri kepada pemenang program dakwah Da'i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur semalam.

Memetik laporan Harian Metro, penahanan dibuat selepas wanita berusia 40 tahun itu dipercayai menipu seorang pelanggan.

Menurut sumber, wanita itu ditahan berikutan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada Oktober tahun lepas.

"Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

"Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Sumber: Harian Metro